Thursday, June 30, 2011

soalnya HATI

Subhanallah, Maha Suci Allah yg telah mnghidupkan aku utk hidup sehari lagi dan mndekatkn diriku dgn mati..

Alhamdulillah, syukur kpd Allah yg telah mmberi lintasan kpd hati ini utk kembali mnulis,stelah berkurun tidak menulis. jgn ditanya kenapa, krn aku sendiri tiada jawapannya. barangkali tangn semakin keras mencoret kata2 di lembaran maya. itu masih blh diterima, asalkan bukan hati ini yg Allah keraskn utk mmuji kebesaran-Nya dan menukil kata2 yg barangkali suatu ajakan, atau pringtan, atau perkongsian buat yg masih sudi membaca.

Sekarang aku sedang bercuti, winter break la bahasa asingnya. sgt byk masa yg Allah berikan yg amat mnguji sbnrnya berbanding masa2 yg sibuk. Aku rasai kini nikmat dan ujiannya waktu lapang ini. Benar amat2lah hadis rasulullah:

Dari Ibnu Abbas RA dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : “Dua nikmat yang kebanyakan manusia terpedaya dengannya ialah WAKTU SIHAT dan MASA LAPANG“. (Riwayat Bukhari)

Ya, aku byk waktu lapang skrg, badan trbawa2 dgn asyiknya dingin winter, moga2 amalku tidak juga terbawa2 dgn kedinginan ini lalu mngeraskan hatiku yg tandus ini.

Waktu2 lapang ini byk aku gunakan utk bermonolog sendiri, atau bhasa lg bestnya, memuhasabah diri, menilai kmbali sgala yg apa yg telak aku lalui dan lakukan spnjg hidupku yg da nak masuk 22thn ni. Ya Allah, tak terhitung sebenarnya dosa2 yg telah aku lakukan. dan 'resolusi' dr muhasabah diriku ini menuntut aku utk mngambil 1 kputusan dan tindakan yg amat besar, menuntut pengorbanan prasaan. tapi aku yakin, itu yg terbaik.

Aku mahu mencabut jahiliyiah yg maha besar dlm diriku ini. krn aku yakin, slagi masih bersisa jahiliyah dlm diriku, aku takkan mampu berlari laju mndaki gunung yg tinggi lg berliku ini. seolah2nya aku sdg mmbawa backpack yg sgt berat, terkedek2 tubuhku yg kecil ini perlu mngangkatnya yg sgt mngngu pndakianku. aku amat cemburu dgn rakan2ku yg sedang berlari laju mnuju puncak yg kami sama2 impikan.

Aku juga mahu terus mengeluarkn org2 skelilingku dr lumpur yg busuk lagi kotor. semua aku nak tarik, keluarga aku, kawan2 aku, adik2 aku, pendek kata semualah. TAPI, mana mungkin aku dpt mnyelamatkn mereka, sedangkan aku sndiri masih berada di dlm lumpur yg busuk itu.

Aku mahu mnghidupkan hati2 org2 skelilingku, TAPI mana mungkin aku dpt lakukannya skiranya hati aku sndri masih penuh dgn lumpur2 kotor. Naqibah aku ada prnh bgtahu, 'Hati yg mati takkan dpt menghidupkan hati yg mati'. Nauzubillah min zalik. aku brlindung dgn namamu dr trmasuk dlm golongn trsebut.

Makanya, insyaallah skrg aku amat yakin dgn tindakanku ini. Byk kali je syaitan cuba mndatangkn was2, mmbuatkn aku ragu2 dgn kputusan ini, mmbygkn apa yg mngkin aku akn kehilgn kesan tindakan ku ini. utk mlawannya, aku hanya mampu bermonolog sendri, mmbisikkn kata2 penyejuk 'Allah kan ada. Allah knows best. Allah tahu apa yg trbaik utk aku.' tringat aku dgn kata2 kak Salwa dlm daurahnya autumn lps, 'Jgn2 sibuk2 nk buat kerja Allah. buat je kerja kita, insyaallah Allah settlekan yg lain'. So, aku nak takut apa? aku buat je lah kerja aku. kerja yg mmg aku kena buat. apa kerja aku? buat apa Allah suka dan suruh. TINGGALKAN apa Allah tak suka dan larang. yup, the rest just leave it to Allah. Insyaallah. Smoga ini yg terbaik (^____^)

** sedikit perkongsian ttg hati, from majalah solusi klau x silap (mentang2 tgh cerita bkaitan dgn hati kan)..

Carilah hatimu time:

1) membaca Quran - sbb time ni Allah sdg bercakap dgn kita
2) solat - sbb time ni kita sdg bercakap dgn Allah
3) duduk bertafakur mengingati mati - sbb org yg bijak adlh org yg ingt mati
4) klau ketiga2 cara da cuba,still x 'rasa' apa2, maka berdoalah memohon diberikan hati yg baru sbb ssungguhnya hati kita da mati. nauzubillah min zalik.

mcamana nak tau hati kita da mati??
bila kita tak rasa sedih meninggalkn kbajikan & tak rasa menyesal membuat dosa.

wallahua'lam

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright TINTA MAYA 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .