Monday, July 18, 2011

Biarkan Aku Jadi Orang Palestin

Trivia untuk hari ini:

1) Di manakah letaknya al-Quds?
2) Apakah yg berlaku pd 14 Mei 1948?
3) Siapakah Ariel Sharon?
4) Apakah tembok Aparteid?
5) Apakah yg dinyatakan dlm al-Baqarah:120?
6) Siapakah Salahuddin al-Ayubbi?
7) Apakah Tel Aviv?
8) Siapakah as-Syahid Syeikh Yassin?
9) Apakah perjanjian Belfour?
10) Apakah Hamas dan Fatah?

Bagaimana? Anda dpt menjawab semua soalan2 di atas? Jika tidak, tahniah. krn ia mnunjukkan bahawa anda tergolong dlm golongn "TIDAK PEDULI". Sentap? itulah yg sya rasakan dahulu. tp hakikatnya, itulah kebenarannya. kebenaran bhw sya buta dan tuli (atau lebih tepatnya sengaja membutakan mata dan memekakkan telinga) dr PEDULI akan apa yg berlaku pd saudara2 kita di Palestin oleh Zionis. malah, sya lebih tersentap bila mendengar sebuah sajak oleh seorang anak kecil di Palestin yg menyatakan bhw dia akn menuntut orang2 yg TIDAK PEDULI akn mereka di akhirat kelak. cuak tak??

***

Ok, cukuplah sekadar itu je intro dr sya. kembali pd topik utama, entry ini ditulis sbnrnya utk berkongsi pembacaan sya berkaitan isu Palestin ini. sebuah antologi cerpen Palestin bertajuk : Biarkan Aku Jadi Orang Palestin.




Antologi yg memuatkn 15 cerpen Palestin ini ternyata sarat dgn emosi dan informasi. pnulisan cerpen sebegini amat sesuai utk mereka yg alergik dgn pnulisan formal (yg seakan mampu mnjadi ubat tidur yg amat mujarab) utk lebih mngenali dan mengetahui hal ehwal Palestin. pnulisan dr plbagai sudut pnceritaan merungkai penderitaan, perjuangan, pengorbanan, dan pengharapan warga Palestin. antara lainnya dimuatkn kisah trauma si mujahid kecil, smngt juang si gadis Palestin mencari identiti diri, smngt jihad si teruna Palestin mengejar syahid, dilemma si "tak ambil peduli" dan pelbagai lg. ia mampu menyentap perasaan sesiapa sahaja walau skeras mana hati si pembaca, dgn izin Allah semestinya. Ya, tidak malu utk sya mengaku bhw hati yg pernah dirasakan emotionless ini mampu menangis seawal pembacaan cerpen pertama lg.

cuma 1 mslh sya, agak berderet juga kosakata dlm buku ini yg sya rasakn agak tnggi melngkaui kfahaman sya (mngkin hanya bg sya yg cetek perbendaharaan kata ni kot). tp itu bkn alasan utk berhenti membaca bila ter'serempak' dgn perkataan2 itu yer. sudah tentunya para penulis memikirkn impak penggunaan perkataan2 itu lebih besar dan lebih indah. apa yg sya buat, hentam sajalah maksud perkataan2 trsebut, yg penting mesej yg cuba di smpaikn penulis mampu berbekas di hati. tp bg yg lebih rajin, boleh saje snaraiknnya dan cari di kamus ;)

Jika sya mmpunyai bakat dan kemahiran pnulisan secara halus sebegini, ingin saje sya menghasilkn cerpen seperti ini. barangkali lebih bermanfaat dan siapa tahu, ia mampu mnjadi saham utk sya di sana kelak, kan? jadinya, sya mengajak anda2 yg ada bakat pnulisan berbunga2 lg indah itu, gunakan bakat anda sbaiknya. nah, ini 1 medan utk anda bukan? sentuhlah lg jiwa2 yg kering dan tandus di luar sana spt apa yg dilakukn oleh penulis2 dlm antologi cerpen ini. insyaallah, nnti Allah bayar =)

***
owh, ya!! anda nak tahu jwpn utk soalan2 kt ats tu ke? klau nak tau, cari sendiri. try la tanya pak cik google kalau2 dia tahu. barangkali, dgn anda cuba mncari sndri jwpn bg soalan2 itu, mnjadi 'baby step' utk anda keluar dr golongn TIDAK PEDULI dan masuk ke kelompok AKU PEDULI. tp INGAT, dgn hanya mnjawab 10 soaln itu tak bererti tngungjwb kita telah slesai ye. byk lg prkara yg perlu kita lakukn utk mmbebaskn kita dr gologn TIDAK PEDULI. tp at least, ia mmpu mnjadi kick start utk kita menjadi PEDULI. insyaallah.

wallahua'lam.semoga bermanfaat.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright TINTA MAYA 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .