Thursday, July 21, 2011

Layakkah aku??

"Layak ke aku nk ajak2 org buat baik ni? siapalah aku"

"Diri aku sendiri pn x brapa nk betul lg, mcmana nk tegur org"

"Aku nk betulkn diri dulu. bila da betul, barulah aku ajak org lain skali"

"susahnya la hai nk tegur dia ni. dah la dia tau aku mcamana dulu2. ntah2 nnti bila aku tegur dia, dia dok mngungkit aku ttg zmn dulu2 aku.malunya. so, xyah tegur la.biar org lain buat"

Biasa tak dgn dialog2 di ats? mcm slalu dgr kan? eh, ke kita pn sndri trmsuk glngn yg brtnya soalan2 ni? x mustahil kan?? =)

***

Sejak beberapa hari ni, ada la bebrapa org yg dtg dan mengadu dgn sya ttg hal ini. ada yg dtg utk bertanyakn pendapat, ada yg mengharapkn nasihat dan kata2 smngt, dan tidak kurng juga yg skadar mahukn teman utk mnjadi pendengar setia. lantas, mmbuatkn sya trpnggil utk berkongsi dlm entry ini. tetapi spt biasa, sya tak terlepas dr brasa takut utk brkata2 ttg hal ini. mmg mnjadi 'ketakutan' bg para du'at utk brkata2 dan mnyampaikn, krn memndang serius akn kata2 Allah dlm surah as-Saff: 2-3:

"Wahai orang2 yg beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yg tidak kamu kerjakan? (itu) amatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa2 yg tidak kamu kerjakan"

Para du'at sudah semestinya akn mngambil ayat ini dr 1 sudut pencerahan yg positif dan jitu. ayat ni tidak lain, mnggesa kita utk sntisa mmastikan perbuatan kita selari dgn apa yg kita seru (katakan @ sampaikan). mngajak kita utk sntiasa memperbaiki diri, supaya tak trgolong dlm golngn org yg cakap x serupa bikin yg amat dibenci oleh Allah dlm ayatnya di ats td. membuatkn para du'at sntiasa berhati2 dgn apa yg dituturkn, takut2 tak selari dgn perbuatan sndiri.

Insyaallah, sbgaimana takutnya sya utk brkata ttg hal ni (takut2 trmsuk dlm glgn yg ckp x serupa bikin ni), lebih takut lg sya utk tidak mnyampaikn apa yg sya tahu dgn org2 skeliling. ats dasar itulah, sya mnulis entry ini.

***

Berbalik pd isu kelayakan utk mngajak org buat baik tu, cuba bayangkan, klaulah kita nak pastikan diri betul2 da sempurna baru nk ajak org, jwbnya smpai kiamat pn takkan adalah org yg akn amar makruf dan nahi munkar di muka bumi ini. sbb memang itulah hakikatnya, tak ada org yg sempurna di dunia ini.

Cuba kita lihat para sahabat. seorang sahabat yg tak perlu diperkenalkn lg, Saidina Abu Bakar as-siddiq misalnya. beliau merupakan salah seorg yg pling awal memeluk islam. tahukah kita yg seawal sehari usia keimanannya, beliau telah mmbawa 6 lg org utk turut beriman kpd Allah dan rasul-Nya? Mereka yg dibawa oleh Saidina Abu Bakar termasuklah :

1. Uthman bin Affan RA
2.
Sa’ad ibn Abi Waqqas RA
3.
Talhah ibn Ubaidillah RA
4.
Abdurrahman ibn Auf RA
5.
Zubair Al-Awwam RA
6.
Abu Ubaidah Al-Jarrah RA

jgn terkejut utk lihat keenam2 tokoh ini bkn calang2 org. kesemuanya tidak asing lg bg kita kan? dan rata2nya dijanjikn Allah utk masuk ke syurga. persoalannya di sini, cuba kita lihat, apa bekalan Saidina Abu Bakar ketika beliau mengajak 6 sahabat yg lain ini beriman ek? nak kata dalil2 dr al-Quran, ayat2 al-Quran pn tak habis turun lg wktu ni. nk kata tarbiyyah hard core dr rasulullah pn, bru singkat usia keislaman dan keimanan Saidina Abu Bakar utk mmbuatknnya cukup sempurna dgn sgala mcm teknik tarbiyyah. lalu ats dasar apa beliau mampu mngajak sahabat2 yg lain ini? sudah semestinya ats dasar keyakinannya pd ad-Deen itu sendiri dan prasaan utk turut sama mnyentuh hati2 lain utk mrasai apa yg dirasainya itu. tiada waktu utk dilengah2kan lg, lbih2 lg wktu utk tngu diri mnjadi sempurna.

Allahyarham Sheikh Mustaphaa Masyur ada berkata:

" Islah nafsak wad'u ghairak" - perbaiki dirimu dan serulah org lain.

ramai org yg trsalah tafsir akn kata2 ini. mmbuat kesimpulan mlulu dgn mnjadiknnya hujah utk perbaiki diri dulu sblm mnyeru org lain.

ni apa yg ustaz arab sya ajar dlu2:

Klau nk kata "perbaiki dirimu kemudian serulah org lain", Sheikh Mustaphaa msti da guna "Islah nafsak summa ud'u ghairak", tp tidak. beliau mnggunakan wa instead of summa. sbb wa tu brmksud "dan" (bersama seiringan). maknanya, kedua2 proses perbaiki diri dan menyeru orng itu perlu berjalan serentak dan seiringan. ianya bknnya 1 proses yg berturut bilamana slesai perbaiki diri baru menyeru org.

Sesungguhnya, tanpa disedari, dlm proses mentarbiyyah org lain, kita sebenarnya sdg mentarbiyyah diri kita sendiri. sbb apa? sbb kita taknak jd org yg ckp tak serupa bikin mcm yg dinyatakn dlm surah as-saff:2-3 tadi. jadinya, kita akn sntiasa brhati2 mmastikn perbuatan kita selari dgn apa yg kita serukan. tgk, sape yg untung skrg? sama2 untung kn?

Berkenaan dgn hal takut dgn masa silam kita yg penuh dgn jahiliah dulu, skali lg kita kena ingt, tiada siapa yg sempurna di dunia ini. sdgkn seorang sahabat yg hebat, Saidina Umar tidak terlepas dr jahiliahnya. Dahsyatnya jahiliyah beliau hinggakan beliau pernah membunuh anak perempuannya sendiri hidup2 di zaman jahiliahnya. tetapi adakah zaman silamnya itu 1 pnghalang utknya menyeru manusia kepada Islam? semestinya tidak.

Syed Qutb juga tidak pernah menyesal utk mengaku mnghabiskn 40thn nya di zaman jahiliyah. krn dgn 40thn itulah, beliau kemudiannya dpt benar2 merasai indahnya di bawah lembayung Islam yg sebenar. Lalu, beliau juga lantang berkarya utk turut mnarik manusia2 dlm kegelapan kepada Islam yg sebenar.

cuba kita fikir, takutkah Saidina Umar dan Syed Qutb ni utk trsrmpak dgn mereka2 yg mngenali mereka di zmn jahiliyah dulu? klu takut, agak2nya di mana mereka skrg? barangkali tidak akn smpai pn jejak2 prjuangn mereka ke pengtahuan kita skrg ni. bla dtanya krn apa? krn mereka takut utk menegurlah alasannya. Terjadi ke begitu???

Jadinya, tak perlu la kita trlmpau trbawa2 ingtn pd jahiliyyah kita dulu smpaikn ianya tak mampu nk membuahkn amal kita. lebih2 lg, itu barangkali hanya akn mnjadi medium syaitan utk mniupkn pd diri kita bhw kita ini tak layak. cukup2lah bersangka2 dgn manusia. kita ni mmg suka myibukkn diri dgn brsngka2 ini kn? brsngka ttg pndapat org pd kita lah, brsngka ttg pnerimaan org pd prubhn kita la. pendek kata, semua bnda nk brsngka buruk. cukup2 lah brsngka2 tu.

Kuncinya, brsngka baik pd Allah. jaga hak2 Allah. Allah suruh buat apa, kita buat. Allah suruh tnggalkn apa, kita tinggalkn. jaga habluminallah kita. insyaallah, Allah jaga kita nnti. yg pnting, kita buat kerja kita, x payah sibuk2 buat kerja Allah. Even prasaan respect dr manusia itu pn 1 kurniaan dr Allah kn? Insyaallah, slagi kita yakin dgn jln yg kita pilih ini, 1 hari nnti org2 skeliling kita akn faham juga dgn pndirian kita. lebih indah bilamana mereka juga akn sama2 trkesan dgn apa yg brlaku pd kita. tak mustahil, kan? ni kan kerja Allah. Dia yg pegang hati2 manusia itu.

Kesimpulannya, yakinlah dgn jln yg kita pilih ini. jgn lihat ia sbg 1 bebanan, lihatlah ia sbg 1 kecintaan. jdkan ini 1 kesemptn utk terus prbaiki diri dan pd waktu yg sama, terus terusan mngajak manusia kpd Allah. dan yg pasti, takut hanya pd Allah, bkn kpd manusia. kita nak kejar redha Allah, bknnya redha manusia. Insyaallah, nnti Allah bayar, klu bkn di dunia, di akhirat sana. (^___^)

"Pengorbanan yg dilakukan utk dakwah ini besar, tp akan dirasakan kecil bila dapat dilupakn kerana ia tenggelam asyik berpaut eratnya dengan Allah." Syed Qutb

2 comments:

najwa said...

salam,
"jgn lihat ia sbg 1 bebanan, lihatlah ia sbg 1 kecintaan"
dalam kata2 ni..jazakillahukhair kak. :)

Fnar_Kaizho said...

^^

Post a Comment

 
Copyright TINTA MAYA 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .