Thursday, July 21, 2011

Layakkah aku??

"Layak ke aku nk ajak2 org buat baik ni? siapalah aku"

"Diri aku sendiri pn x brapa nk betul lg, mcmana nk tegur org"

"Aku nk betulkn diri dulu. bila da betul, barulah aku ajak org lain skali"

"susahnya la hai nk tegur dia ni. dah la dia tau aku mcamana dulu2. ntah2 nnti bila aku tegur dia, dia dok mngungkit aku ttg zmn dulu2 aku.malunya. so, xyah tegur la.biar org lain buat"

Biasa tak dgn dialog2 di ats? mcm slalu dgr kan? eh, ke kita pn sndri trmsuk glngn yg brtnya soalan2 ni? x mustahil kan?? =)

***

Sejak beberapa hari ni, ada la bebrapa org yg dtg dan mengadu dgn sya ttg hal ini. ada yg dtg utk bertanyakn pendapat, ada yg mengharapkn nasihat dan kata2 smngt, dan tidak kurng juga yg skadar mahukn teman utk mnjadi pendengar setia. lantas, mmbuatkn sya trpnggil utk berkongsi dlm entry ini. tetapi spt biasa, sya tak terlepas dr brasa takut utk brkata2 ttg hal ini. mmg mnjadi 'ketakutan' bg para du'at utk brkata2 dan mnyampaikn, krn memndang serius akn kata2 Allah dlm surah as-Saff: 2-3:

"Wahai orang2 yg beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yg tidak kamu kerjakan? (itu) amatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa2 yg tidak kamu kerjakan"

Para du'at sudah semestinya akn mngambil ayat ini dr 1 sudut pencerahan yg positif dan jitu. ayat ni tidak lain, mnggesa kita utk sntisa mmastikan perbuatan kita selari dgn apa yg kita seru (katakan @ sampaikan). mngajak kita utk sntiasa memperbaiki diri, supaya tak trgolong dlm golngn org yg cakap x serupa bikin yg amat dibenci oleh Allah dlm ayatnya di ats td. membuatkn para du'at sntiasa berhati2 dgn apa yg dituturkn, takut2 tak selari dgn perbuatan sndiri.

Insyaallah, sbgaimana takutnya sya utk brkata ttg hal ni (takut2 trmsuk dlm glgn yg ckp x serupa bikin ni), lebih takut lg sya utk tidak mnyampaikn apa yg sya tahu dgn org2 skeliling. ats dasar itulah, sya mnulis entry ini.

***

Berbalik pd isu kelayakan utk mngajak org buat baik tu, cuba bayangkan, klaulah kita nak pastikan diri betul2 da sempurna baru nk ajak org, jwbnya smpai kiamat pn takkan adalah org yg akn amar makruf dan nahi munkar di muka bumi ini. sbb memang itulah hakikatnya, tak ada org yg sempurna di dunia ini.

Cuba kita lihat para sahabat. seorang sahabat yg tak perlu diperkenalkn lg, Saidina Abu Bakar as-siddiq misalnya. beliau merupakan salah seorg yg pling awal memeluk islam. tahukah kita yg seawal sehari usia keimanannya, beliau telah mmbawa 6 lg org utk turut beriman kpd Allah dan rasul-Nya? Mereka yg dibawa oleh Saidina Abu Bakar termasuklah :

1. Uthman bin Affan RA
2.
Sa’ad ibn Abi Waqqas RA
3.
Talhah ibn Ubaidillah RA
4.
Abdurrahman ibn Auf RA
5.
Zubair Al-Awwam RA
6.
Abu Ubaidah Al-Jarrah RA

jgn terkejut utk lihat keenam2 tokoh ini bkn calang2 org. kesemuanya tidak asing lg bg kita kan? dan rata2nya dijanjikn Allah utk masuk ke syurga. persoalannya di sini, cuba kita lihat, apa bekalan Saidina Abu Bakar ketika beliau mengajak 6 sahabat yg lain ini beriman ek? nak kata dalil2 dr al-Quran, ayat2 al-Quran pn tak habis turun lg wktu ni. nk kata tarbiyyah hard core dr rasulullah pn, bru singkat usia keislaman dan keimanan Saidina Abu Bakar utk mmbuatknnya cukup sempurna dgn sgala mcm teknik tarbiyyah. lalu ats dasar apa beliau mampu mngajak sahabat2 yg lain ini? sudah semestinya ats dasar keyakinannya pd ad-Deen itu sendiri dan prasaan utk turut sama mnyentuh hati2 lain utk mrasai apa yg dirasainya itu. tiada waktu utk dilengah2kan lg, lbih2 lg wktu utk tngu diri mnjadi sempurna.

Allahyarham Sheikh Mustaphaa Masyur ada berkata:

" Islah nafsak wad'u ghairak" - perbaiki dirimu dan serulah org lain.

ramai org yg trsalah tafsir akn kata2 ini. mmbuat kesimpulan mlulu dgn mnjadiknnya hujah utk perbaiki diri dulu sblm mnyeru org lain.

ni apa yg ustaz arab sya ajar dlu2:

Klau nk kata "perbaiki dirimu kemudian serulah org lain", Sheikh Mustaphaa msti da guna "Islah nafsak summa ud'u ghairak", tp tidak. beliau mnggunakan wa instead of summa. sbb wa tu brmksud "dan" (bersama seiringan). maknanya, kedua2 proses perbaiki diri dan menyeru orng itu perlu berjalan serentak dan seiringan. ianya bknnya 1 proses yg berturut bilamana slesai perbaiki diri baru menyeru org.

Sesungguhnya, tanpa disedari, dlm proses mentarbiyyah org lain, kita sebenarnya sdg mentarbiyyah diri kita sendiri. sbb apa? sbb kita taknak jd org yg ckp tak serupa bikin mcm yg dinyatakn dlm surah as-saff:2-3 tadi. jadinya, kita akn sntiasa brhati2 mmastikn perbuatan kita selari dgn apa yg kita serukan. tgk, sape yg untung skrg? sama2 untung kn?

Berkenaan dgn hal takut dgn masa silam kita yg penuh dgn jahiliah dulu, skali lg kita kena ingt, tiada siapa yg sempurna di dunia ini. sdgkn seorang sahabat yg hebat, Saidina Umar tidak terlepas dr jahiliahnya. Dahsyatnya jahiliyah beliau hinggakan beliau pernah membunuh anak perempuannya sendiri hidup2 di zaman jahiliahnya. tetapi adakah zaman silamnya itu 1 pnghalang utknya menyeru manusia kepada Islam? semestinya tidak.

Syed Qutb juga tidak pernah menyesal utk mengaku mnghabiskn 40thn nya di zaman jahiliyah. krn dgn 40thn itulah, beliau kemudiannya dpt benar2 merasai indahnya di bawah lembayung Islam yg sebenar. Lalu, beliau juga lantang berkarya utk turut mnarik manusia2 dlm kegelapan kepada Islam yg sebenar.

cuba kita fikir, takutkah Saidina Umar dan Syed Qutb ni utk trsrmpak dgn mereka2 yg mngenali mereka di zmn jahiliyah dulu? klu takut, agak2nya di mana mereka skrg? barangkali tidak akn smpai pn jejak2 prjuangn mereka ke pengtahuan kita skrg ni. bla dtanya krn apa? krn mereka takut utk menegurlah alasannya. Terjadi ke begitu???

Jadinya, tak perlu la kita trlmpau trbawa2 ingtn pd jahiliyyah kita dulu smpaikn ianya tak mampu nk membuahkn amal kita. lebih2 lg, itu barangkali hanya akn mnjadi medium syaitan utk mniupkn pd diri kita bhw kita ini tak layak. cukup2lah bersangka2 dgn manusia. kita ni mmg suka myibukkn diri dgn brsngka2 ini kn? brsngka ttg pndapat org pd kita lah, brsngka ttg pnerimaan org pd prubhn kita la. pendek kata, semua bnda nk brsngka buruk. cukup2 lah brsngka2 tu.

Kuncinya, brsngka baik pd Allah. jaga hak2 Allah. Allah suruh buat apa, kita buat. Allah suruh tnggalkn apa, kita tinggalkn. jaga habluminallah kita. insyaallah, Allah jaga kita nnti. yg pnting, kita buat kerja kita, x payah sibuk2 buat kerja Allah. Even prasaan respect dr manusia itu pn 1 kurniaan dr Allah kn? Insyaallah, slagi kita yakin dgn jln yg kita pilih ini, 1 hari nnti org2 skeliling kita akn faham juga dgn pndirian kita. lebih indah bilamana mereka juga akn sama2 trkesan dgn apa yg brlaku pd kita. tak mustahil, kan? ni kan kerja Allah. Dia yg pegang hati2 manusia itu.

Kesimpulannya, yakinlah dgn jln yg kita pilih ini. jgn lihat ia sbg 1 bebanan, lihatlah ia sbg 1 kecintaan. jdkan ini 1 kesemptn utk terus prbaiki diri dan pd waktu yg sama, terus terusan mngajak manusia kpd Allah. dan yg pasti, takut hanya pd Allah, bkn kpd manusia. kita nak kejar redha Allah, bknnya redha manusia. Insyaallah, nnti Allah bayar, klu bkn di dunia, di akhirat sana. (^___^)

"Pengorbanan yg dilakukan utk dakwah ini besar, tp akan dirasakan kecil bila dapat dilupakn kerana ia tenggelam asyik berpaut eratnya dengan Allah." Syed Qutb

Tuesday, July 19, 2011

Bijakkah kita??

Bakal ijazah itu BELUM PASTI
tetapi
bakal JENAZAH itu PASTI

Orang yang paling bijak ialah orang yang selalu mengingati mati dan mempersiapkan diri untuk menghadapinya.

Selamat mengingati mati semua!!!

Monday, July 18, 2011

Biarkan Aku Jadi Orang Palestin

Trivia untuk hari ini:

1) Di manakah letaknya al-Quds?
2) Apakah yg berlaku pd 14 Mei 1948?
3) Siapakah Ariel Sharon?
4) Apakah tembok Aparteid?
5) Apakah yg dinyatakan dlm al-Baqarah:120?
6) Siapakah Salahuddin al-Ayubbi?
7) Apakah Tel Aviv?
8) Siapakah as-Syahid Syeikh Yassin?
9) Apakah perjanjian Belfour?
10) Apakah Hamas dan Fatah?

Bagaimana? Anda dpt menjawab semua soalan2 di atas? Jika tidak, tahniah. krn ia mnunjukkan bahawa anda tergolong dlm golongn "TIDAK PEDULI". Sentap? itulah yg sya rasakan dahulu. tp hakikatnya, itulah kebenarannya. kebenaran bhw sya buta dan tuli (atau lebih tepatnya sengaja membutakan mata dan memekakkan telinga) dr PEDULI akan apa yg berlaku pd saudara2 kita di Palestin oleh Zionis. malah, sya lebih tersentap bila mendengar sebuah sajak oleh seorang anak kecil di Palestin yg menyatakan bhw dia akn menuntut orang2 yg TIDAK PEDULI akn mereka di akhirat kelak. cuak tak??

***

Ok, cukuplah sekadar itu je intro dr sya. kembali pd topik utama, entry ini ditulis sbnrnya utk berkongsi pembacaan sya berkaitan isu Palestin ini. sebuah antologi cerpen Palestin bertajuk : Biarkan Aku Jadi Orang Palestin.




Antologi yg memuatkn 15 cerpen Palestin ini ternyata sarat dgn emosi dan informasi. pnulisan cerpen sebegini amat sesuai utk mereka yg alergik dgn pnulisan formal (yg seakan mampu mnjadi ubat tidur yg amat mujarab) utk lebih mngenali dan mengetahui hal ehwal Palestin. pnulisan dr plbagai sudut pnceritaan merungkai penderitaan, perjuangan, pengorbanan, dan pengharapan warga Palestin. antara lainnya dimuatkn kisah trauma si mujahid kecil, smngt juang si gadis Palestin mencari identiti diri, smngt jihad si teruna Palestin mengejar syahid, dilemma si "tak ambil peduli" dan pelbagai lg. ia mampu menyentap perasaan sesiapa sahaja walau skeras mana hati si pembaca, dgn izin Allah semestinya. Ya, tidak malu utk sya mengaku bhw hati yg pernah dirasakan emotionless ini mampu menangis seawal pembacaan cerpen pertama lg.

cuma 1 mslh sya, agak berderet juga kosakata dlm buku ini yg sya rasakn agak tnggi melngkaui kfahaman sya (mngkin hanya bg sya yg cetek perbendaharaan kata ni kot). tp itu bkn alasan utk berhenti membaca bila ter'serempak' dgn perkataan2 itu yer. sudah tentunya para penulis memikirkn impak penggunaan perkataan2 itu lebih besar dan lebih indah. apa yg sya buat, hentam sajalah maksud perkataan2 trsebut, yg penting mesej yg cuba di smpaikn penulis mampu berbekas di hati. tp bg yg lebih rajin, boleh saje snaraiknnya dan cari di kamus ;)

Jika sya mmpunyai bakat dan kemahiran pnulisan secara halus sebegini, ingin saje sya menghasilkn cerpen seperti ini. barangkali lebih bermanfaat dan siapa tahu, ia mampu mnjadi saham utk sya di sana kelak, kan? jadinya, sya mengajak anda2 yg ada bakat pnulisan berbunga2 lg indah itu, gunakan bakat anda sbaiknya. nah, ini 1 medan utk anda bukan? sentuhlah lg jiwa2 yg kering dan tandus di luar sana spt apa yg dilakukn oleh penulis2 dlm antologi cerpen ini. insyaallah, nnti Allah bayar =)

***
owh, ya!! anda nak tahu jwpn utk soalan2 kt ats tu ke? klau nak tau, cari sendiri. try la tanya pak cik google kalau2 dia tahu. barangkali, dgn anda cuba mncari sndri jwpn bg soalan2 itu, mnjadi 'baby step' utk anda keluar dr golongn TIDAK PEDULI dan masuk ke kelompok AKU PEDULI. tp INGAT, dgn hanya mnjawab 10 soaln itu tak bererti tngungjwb kita telah slesai ye. byk lg prkara yg perlu kita lakukn utk mmbebaskn kita dr gologn TIDAK PEDULI. tp at least, ia mmpu mnjadi kick start utk kita menjadi PEDULI. insyaallah.

wallahua'lam.semoga bermanfaat.

Saturday, July 16, 2011

Saya sayang awak....kerana ALLAH :)

Sejak di zaman sekolah dulu, slalu disebut "best friend forever", "BFF", "kawan awk smpai bila2" etc. skrg bila dah lebih matang, lebih byk gunakan "ukhwah fillah" pula. mcm lebih matured and sweet kn? tp sama ke term2 di ats ni? blh jd sama, blh jd berbeza. trpulng pd individu utk mnafsirkannya.

persoalannya di sini, sjauh mana kita faham erti ukhwah fillah yg dgn mudahnya dititipkn di bibir kita? apa sebenarnya ukhwah fillah itu? pernah ke kita rasa manisnya ukhwah fillah itu?

Ukwah fillah itu terjalin bilamana kita berkawan @ bersaudara ats dasar aqidah yg sama dan ats dasar keimanan kpd Allah (rasa mcm ayat skema je kan?) Antara lainnya, Ukhwah fillah itu adalah satu perasaan yg Allah campakkan pd sesiapa yg Dia kehendaki, tidak mampu di'create' oleh kita sendiri. trylah utk 'beli' kwn dgn harta kita, klau Allah tak 'berkenan' utk satukn hati2 itu, ianya takkan berlaku. Allah yg ckp ttg hal ni dlm firmanNya:

dan Dia (Allah) yg mempersatukan hati mereka (org yg beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yg berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha perkasa, Maha bijaksana. (al-Anfal:63)

Percaya tak yg ukhwah fillah ni sgt sweet? manisnya ukhwah itu tidak tergambar dgn kata2 melainkan kita merasainya sendiri. 'ketakbolehgambaran' manisnya ukhwah tu lebih kurang spt nk gambarkn manisnya gula. mcamana nk gmbarkn yg gula tu manis? susahkn? melainkn seseorg itu rasa sendiri gula tu bru blh tahu mcmana manisnya ia. begitulah juga manisnya ukhwah, malah lebih besar nikmat manisnya berbanding dgn gula itu tadi.

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah saw, daripada Nabi saw, Baginda bersabda:

"Seseorang kamu tidak benar2 beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri". HR Bukhari dan Muslim

Alhamdulillah, dlm 1 progm lps, sya brpeluang utk mndgr pnjelasan ttg hadis ini. rupa2nya, lebih mndalam pengrtian hadis ni berbnding yg slalu kita ketahui. dipendekkan cerita, jom tnya diri kita, sampai tahap mana kita ckp kita syg kwn kita tu? spatutnya kita syg dia smpai tahap apa yg kita suka, kita nak dia pn suka. cthnya, kita rasa bestnya kefahaman ttg agama ini, kita nak dia sama2 rasa apa yg kita rasa. atau lebih luas skopnya lg, kita nak masuk syurga, kita tak nak masuk syurga sorang2. kita nak kawan2 kita pn sama2 masuk syurga juga. sbb tu lah org yg mngaku sygkn seseorg krn Allah, akn buat sungguh2 utk ajak kwn2 dia buat apa yg Allah suruh dan tinggalkn apa yg Allah tak suka. sbb apa? sbb dia faham apa ertinya sayang seseorg krn Allah itu. dia sayang seseorang tu smpai tak snggup nk biarkn dia msuk neraka dan nak sama2 masuk syurga dgn dia. sweet kan ukhwah fillah tu??

Jadi kawan2, jom kita sama2 muhasabah diri. ats dasar apa kita berkawan? ats dasar apa kita kata kita sayang kwn kita? krn ukhwah ats dasar aqidah dan keimanan itu mendahului ikatan darah dan nasab.

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara..." (al-hujurat:10)

Klau kita tak rasa maninsnya ukhwah tu, cuba kita check habluminallah (hubungan dgn Allah) kita. Barangkali ada something wrong di situ yg mmbuatkn kita tak dapat merasai 1 perasaan yg indah kurniaan Allah ini. Jom kita perbetulkn niat kita berkawan, kn sng nk buat apa yg Allah suka. betul tak?

Saya sayang awk krn Allah ni. awk percaya tak? skrg sya nk tnya awk pulak, awk syg sya krn Allah tak? klau ya, buktikan. jgn penat utk ajak sya buat kebaikan. jgn segan utk tegur sya bilamana sya tergelincir dr landasan yg spatutnya.

Atas dasar 'saya sayang awak krn Allah' jugalah saya menulis entry ini. semoga bermanfaat. wallahua'lam.
 
Copyright TINTA MAYA 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .